Thursday, January 27, 2011

DRAMA:LUCIFER( THE DEVIL)


Sebuah drama penyiasatan Korea yang boleh saya kategorikan lain dari drama korea kebiasaannya, drama yang cukup menarik dan penerbitnya berani untuk menampilkan elemen baru dalam industri K drama.


tetapi mungkin kerana kelainan ini juga yang menyebabkan drama ini kurang mendapat perhatian penonton tempatan Korea dengan rating tidak pernah melebihi 10%. akan tetpi ia merupkan sebuah drama yang berbaloi untuk ditonton.

diterbitkan pada tahun 2007 dan dibintangi oleh Uhm Tae Wong(Queen Seon Dok), joo Ji Hoon(Goong) dan Shi Min Ah(A Love To Kill), drama ini mengisahkan dendam dan pembalasan. Kang Oh Su(Uhm) seorang yang bermasalah pada zaman remajanya sehingga terlibat dengan jenayah serius, namun berjaya diselamatkan oleh keurganya yang berpengaruh. dia akhirnya memilih untuk menjadi detektif bagi menebus kesalahan lampau. keadaan sering dirumitkan dengan kehadiran kad tarot sring dikirimkan kepada oh su, setiap klai dia mendapat kad tarot pasti akan ada pembunuhan yang berlaku.

seo hae in(Shi Min Ah) seorang gadis psikik yang mampu melihat memori terpendam melalui barang yang di sentuhnya. dia seringkali memantu Oh Su untuk menyelesaikan masalah. Namun kehadiran Oh Seung Ha(Joo Ji Hoon) sering menambahkan konflik. Peguam muda yng sering membantu suspek pembuhan tanpa mengenakan sebarang bayaran. tetapi adakah dia mempunya maksud yang tersirat. Dan apa pula kaitan kkad tarot degan kejadian pembunuhan yang berlaku, semua ini bakal terjawab apabila anda menonton drama ini.

walaupun ia kurang mendapat sambutan di korea namun ia mendapat sambutan yang menggalakkan di Jepun, bahkan drama ini bakal diadaptasi ke Holywood sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment